22 Februari 2019 - 17:28
A.S Kekalkan 200 Orang Anggota Tentera Di Syria

Rumah Putih mengumumkan bahawa sekitar 200 orang anggota tentera Amerika Syarikat akan meneruskan kehadiran mereka di Syria dalam misi "pengaman" di sebalik janji Presiden Donald Trump untuk meninggalkan negara Arab itu secara penuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih mengumumkan bahawa sekitar 200 orang anggota tentera Amerika Syarikat akan meneruskan kehadiran mereka di Syria dalam misi "pengaman" di sebalik janji Presiden Donald Trump untuk meninggalkan negara Arab itu secara penuh.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah H. Sanders pada hari Khamis berkata bahawa kontinjen kecil pasukan negaranya akan melanjutkan kehadiran mereka di Syria buat "tempoh masa" yang tertentu.

"Sebuah kontinjen pengaman yang kecil -sekitar 200 orang anggota tentera- akan tetap berada di Syria untuk tempoh masa yang tertentu," katanya dalam satu kenyataan.

Pada bulan Disember, Trump mengarahkan komandernya untuk melaksanakan penarikan "penuh" dan "pantas" lebih daripada 2,000 pasukan Amerika dari Syria dalam masa 30 hari, dengan alasan bahawa dengan kekalahan Daesh misi tentera AS di negara ini telah berakhir.

A.S menempatkan tenteranya di Syria tanpa mandat PBB ataupun kebenaran daripada kerajaan sah di Damsyik. -Press TV